Welcome To My Simple Blog ♥ You Can -->|+Follow | D'Board|
//Simple is better

Olla
Hey ! Good days to you!


Welcome to my world . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman to kill you!.

Status : I want my LEO back T_T


Everday Is A New Day

Tagboard
Footprints here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: sitizashida

love story ◡‿◡✿
assalammualaikum and hye readers. sory lama tak mengupdate. busy. hehe.

ni nak story satu kisah ni~~

kisahnyaa bermula daripada zaman remaja. truly story ni. tapi cerita ni dah lama la. sekarang yang perempuan dan lelaki tu pon dah kerja. dah ada tanggungjawab dah sebagai suami dan isteri.

yang perempuan tu nama dia Tiara. dia ni sekolah agama. muka dia comel sangat. maklumlah orang kuat agama kan? umur tiara masa tu enam belas a.k.a form 4 dah la. masa tu dia terpaksa belajar sementara kat sekolah lain sebab di kategori sebagai pelajar cemerlang. wahhh gitu kan? pelajar yang terlibat ni lebih kurang muat muat satu bas. ramai la jugak. pembelajaran sementara ni hanya untuk satu minggu jee

sampai kat sekolah tu tiara ni merasa yang dia ni seperti orang asing. mana taknye kan? biasa dia tengok depan mata dia ni semua pakai tudung labuh. tetiba singkat bukan tak tutup aurat. tutup tapi jauh beza la dengan sekolah agama. paham paham je la. pastu, tiara packing la barang kat dorm yang dia menumpang tu. azan pon berkumandang tanda masuk waktu magrib. dia pon cepat cepat turun pergi surau.

tibalah kat surau tu. tetiba dia berhenti setelah melihat seorang jejaka yang amat handsome. muka dia puteh. mata tak sepet sangat. hidung macung. auumm <3 ibarat ada rejatan current yang ada pada dua orang makhluk ALLAH ni. lelaki tu nama hazwan. form 6. kemudian, tiara tunduk dengan perasaan malu sangat. muka dia dah la puteh. bila malu je macam pakai blusher la jawab yee. semasa dalam surau tu. tiara terdengar ada orang mengaji. sedap sangat suara dia. dia try tanya budak sekolah tu siapa. budak tu jawab lelaki yang langgar tiara tadi. tergamam seketika ๏_๏

keesokkannyaa, tiara masuk kelas macam biasa. kawan-kawan tiara yang lain semua satu kelas tapi dia? ALONE. dia cuba bercakap dengan kawan sekelas dia tu. tiara takut jugak kalau kalau kawan tu garang ke apa ke. kan? pastu, ok. semua nya friendly. tetiba ada orang bagitahu dekat tiara. ada sorang lelaki hantar surat dekat dia. tiara ni jenis susah sangat nak pikat lelaki. mestilah jual mahal sikit orang lawa kan? kemudian, dia baca a. nak tahu tulis ape? tengok bawah ni

assalammualaikum,
hye awak. saya mohd hazwan bin hanafi. saya form 6. yang jumpa depan surau tu. saya teringin sangat nak berkenalan dengan awak. izinkan saya untuk mengenali awak. 
yang tulus ikhlas :)


surat tu campur dengan bedak. habis kain tiara puteh tapi bedak tu bau wangi sangat. tiara tak layan. tiara simpan je bawah meja semula. tiba waktu rehat, tiara pergi koperasi nak beli pen sebab pen hilang kene curi. dia beratu la bila. selepas selesai beli tu dia pon toleh ke belakang. terkejut nya dia apabila melihat seorang jejaka yang sama yang dia berjumpa di depan surau. hazwan bertanya "dah baca belum surat daripada saya?" tiara jawab "belum". cepat cepat tiara lari daripada situ. dia berdebar. muka tiara mulai merah padam kerana malu ;)

dua hari kemudian, tiara selalu intai hazwan daripada kelas yang dia belajar. aras kelas tiara dan hazwan sama tinggi. so, saat intai mengintai la jawab nyee.

esok sambung. dah malam. mengantuk. jangan cakap saya potong line awak untuk baca orang yang sweet sweet bercinta ni. hehe
assalammualaikum cinta <3