Welcome To My Simple Blog ♥ You Can -->|+Follow | D'Board|
//Simple is better

Olla
Hey ! Good days to you!


Welcome to my world . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Superman to kill you!.

Status : I want my LEO back T_T


Everday Is A New Day

Tagboard
Footprints here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: sitizashida

love story two ◡‿◡✿
assalammualaikum and hye readers. nah sambungan semalam ♥ 

*tapi jangan fikir ending dia happy taw ∪ ◡ ∪

k start!

selepas saling intai mengintai tu, kawan tirai perasan la perubahan yang terjadi pada tiara. selepas masuk kelas je jadi tak senang duduk. kalau cikgu keluar je mata tiara takkan terlepas intai hazwan. dalam masa yang sama, kawan tiara juga perasan ada seorang lelaki selalu tengok dia. lelaki tu hazwan la.

setiap kali pergi surau mesti terserempak. kalau hazwan melaungkan azan, mesti tiara senyum senyum. orang tengah hangat bercinta <3

tempoh diberi masa untuk belajar di sekolah tu dah tamat. satu minggu yang diberi sudah berlalu. tiara merasakan dirinya berat untuk melangkah keluar daripada sekolah tu kerana firasat tiara mengatakan yang dia takkan berjumpa dengan si jejaka tampan ni lagi. sebelum beredar daripada sekolah tu, cikgu ada siapkan makanan untuk pelajar yang daripada sekolah agama tu tapi tiara simpan. katanya nak makan kat dorm dia kat sekolah agama dia tu la. dalam masa yang sama, hazwan pon ada kat kantin sebab tu tiara takde selera nak makan. hazwan ni dia bagi alasan nak tolong cikgu bagi makanan kat kantin. pastu, nanti dalam bas dia ikut jugak. konon nak tolong kira pelajar cukup ke tak dalam bas tu. padahal nak tengok kali terakhir wajah tiara. aummm <3 sweet nyee kan?

semasa dalam bas, tiara dah tak tahan. dia pun menangis atas bahu kawan dia. masa tu tiara duduk tepi tingkap bahagian kiri. hazwan duduk tepi tingkap bahagian kanan. so, tak nampak la tiara menangis. sampai sekolah agama tiara tu, hazwan turun dulu. tiara turun selepas semua pelajar turun. malu la. muka merah, mata merah. malu nanti orang tanya. turun je. hazwan pon datang dekat tiara. tiara tarik kawan dia dekat sebab tak sanggup berdepan dengan si jejaka tampan :) hazwan tanya soalan "boleh saya tahu alamat rumah awak?" jangan terkejut! biasa orang mintak number phone kan? ni orang dulu. phone mahal nak beli. tiara hanya menggelengkan kepala sebab kalau hazwan hantar surat tu mesti ayah tiara baca. ayah tiara tak izinkan tiara berkawan dengan mana mana lelaki. bercouple apatah lagi. tiara bagitahu dekat hazwan "kalau ALLAH izinkan kita bersama, pasti DIA akan ketemukan kita semula. kalau dah jodoh tak kemane. insyaallah" sebak tiara selepas dia mengatakan begitu kepada hazwan.

selepas kejadian tu, tiara hari hari tulis kat diari dia. dia mohon sangat dia akan jumpa balik dengan hazwan. mungkin nanti dia kerja kot. dia cakap dalam hati. makin hari makin dewasa. tiara pon semakin cantik jelita. anak dara katakan. ALLAH maha bijaksana. mungkin ada sebab tiara tak dijodohkan dengan hazwan. takdir menentukan segalan-galanya. dengan takdir ALLAH, tiara pon berkawin dengan pilihan hati dia. pilihan hati tiara tapi tiara tidak mencintai pilihan hatinya tu. saya pon tak tahu kenapa. selepas dua tahun berkahwin tu baru ada perasaan cinta yang lahir dalam hati dia. banyak dugaan yang tiara tempuh. sebelum kahwin. selepas kahwin. sekarang dia dah ada suami dan seorang anak. takkan dia masih nak ingatkan hazwan kan?

so, konklusinyaa, tak semua cinta berakhir dengan kebahagiaan. cerita remaja hanya cinta monyet. tapi tak semua cinta monyet. kadang-kadang ada yang bercinta daripada sekolah menengah sampailah kahwin. mungkin ALLAH dah catat tu kekasih yang akan menemani dia ketika senang dan susah, ketika sihat dan sakit. takdir ALLAH kita tak boleh lari kan? syukran tiara happy sekarang

sebenarnya ada lagi cerita sebelum dia kahwin. masatu dia dah belajar kat UNIversiti. yang sweet sangat! kalau tiara nak pakai selipar pun dia tepuk dulu taknak bagi kaki tiara kotor. kalau nak duduk pon dia sapu dengan tuala. sayang nye dia kat tiara. nanti la cerita ea
assalamualaikum kasih dan cinta :)

p/s nama tiara dan hazwan bukan nama sebenar. cerita ini benar :)